Bapa Kurung Anak Hanya Kerana Sebuah Dompet

Kanak-kanak ini dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk membuat 
pemeriksaan kesihatan. (Sumber gambar: Sinar Harian)



GEORGETOWN - Beberapa hari lepas, dua beradik dikurung di dalam oleh bapanya tanpa ditinggalkan sebarang makanan. Kali ini pula seorang kanak-kanak dipercayai dipukul selain dikurung selama beberapa jam oleh bapanya sendiri hanya disebabkan anaknya bermain dengan dompet sahaja.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kanak-kanak tersebut dipercayai menangis lebih 10 jam selepas dikurung dan ditinggal di dalam rumah seorang diri di Jelutong kira-kira jam 11.50 malam kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Seorang jiran terdekat yang enggan dikenali berkata, dia mendengar tangisan anak jirannya itu dan sesekali meminta tolong dari jam 3 petang kelmarin hingga awal pagi semalam.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya menghubungi polis pagi tadi (semalam) selepas mendapati kanak-kanak itu menangis tidak henti-henti," katanya.

Sepasukan anggota polis dan pegawai dari Jabatan Kebajikn Masyarakat (JKM) bergegas ke tempat kejadian setelah menerima laporannya.

"Pihak polis mengambil masa hampir setengah jam untuk masuk ke rumah tersebut kerana pintu rumah itu dikunci. Selepas mendapat bantuan daripada jiran, polis berjaya menyelamatkan kank-kanak itu yang berada dalam keadaan trauma kerana ditinggalkan bersendirian," katanya.

Menurut sumber, beberapa orang jiran terserempak dengan kelibat bapa kanak-kanak itu pulang ke kawasan perumahan berkenaan, tetapi melarikan diri selepas ternampak sepasukan polis di rumahnya.

"Berdasarkan maklumat ibu mangsa, 40, anaknya dijaga oeh suami kerana ketika itu dia keluar untuk bekerja.

"Anaknya dipercayai dipukul dengan tangan kerana hanya disebabkan bermain dompet bapanya," katanya.

Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan luka baru dan lebam lama di tangan, badan, kakinya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gang Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

"Polis sedang mengesan bapa mangsa yang berumur 49 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Suspek dipercayai masih di sekitar Jelutong," katanya.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mungkin kanak-kanak itu mungkin didera.




Sumber: Sinar Harian

2 komen:

  1. Dah buat pandai pulak lari..
    Cerita la dekat pihak berkuasa apa rasional kau buat macam tu..

    ReplyDelete
  2. tak guna pnya bapak..tak da tanggungjawab!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.