Bapa Kurung Anak Direman Empat Hari

Suspek membotakkan kepalanya bagi mengaburi dan menyorokkan identiti dirinya
 daripada polis. (Sumber gambar: Sinar Harian)



GEORGETOWN - Seorang lelaki yang dipercayai mengurung dan mendera anak perempuannya pada tiga hari lepas, direman selama empat hari mulai semalam untuk disoal siasat.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftaran Mahkamah Majistret, Ziana Azib untuk membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung kes itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Suspek tiba di mahkamah menaiki sebuah van kira-kira jam 2.40 petang sebelum dibawa masuk ke bilik reman untuk menndapatkan perintah berkenaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Suspek berusia 49 tahun direman empat hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendera kanak-kanak itu.

Semasa tangkapan dibuat, suspek dipercayai membotakkan kepalanya bagi mengaburi dan menyorokkan identiti dirinya daripada diketahui pihak berkuasa.

Sebelum ini, blog Speaker Pecah melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan enam tahun dipercayai menangis lebih 10 jam selepas ditinggalkan seorang diri dirumahnya di Jelutong, kira-kira jam 11.50 malam, Isnin lalu.

Suspek dipercayai memukul dan mengurung anaknya hanya kerana mangsa bermain dompet miliknya. Tangisan dan rayuan meminta tolong daripada kanak-kanak itu didengari jirannya yang kemudiannya menghubungi pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Polis bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan kanak-kanak malang itu yang berada dalam keadaan trauma kerana ditinggalkan bersendirian.

Menurut sumber, kelibat suspek dilihat jiran berada di sekitar kawasan perumahan berkenaan tetapi melarikan diri sejurus menyedari kehadiran anggota polis yang berada dirumahnya.



Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.