Bapa Kepada Dua Beradik Yang Dikurung Mengaku Tidak Bersalah

Dua beradik dikurung bapanya sendiri didalam bilik air dengan
diikat rantai besi di kaki (gambar kecil) 28 Disember lalu.


BUTTERWORTH - Seorang bapa mengaku tidak bersalah dan merayu dibicarakan terhadap tuduhan mengurung dsan mendera dua orang anaknya yang berusia enam dan dua tahun di dalam bilik air yang bolejh menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Majistert Mohd Zamir Suhaimee bagaimanapun membenarkan tertuduh, Tai Hooi Keong, 43, diikat jamin sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Februari depan untuk sebutan semula kes.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagi tuduhan pertama, suspek didakwa menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi anak perempuannya, Tan Ming Zhi, 6, dengan merantai kaki mangsa dengan rantai besi dan mengurungnya di dalam bilik air pada 28 Disember 2011 lalu antara 3 petang dan 8 malam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tuduhan kedua pula, dia didakwa menyebabkan kcederaan fizikal dan emosi terhadap anak lelakinya, Tan Ming Han, 2, dengan merantai kaki mangsa dengan rantai besi dan mengurungnya di dalam bilik air pada tarikh dan masa yang sama.

Tertuduh yang bekerja sendiri, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di rumah bernombor 21, Jalan Mawar, Taman Dahlia, Butterworth dekat sini.

Tai Hooi Keong akan didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang mengenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun atau denda tidak kurang RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan tersebut telah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa raya Msnurazni, Abdul Malik, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Sumber: Berita Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.