Bapa: Arwah Sempat Goreng Nugget Sebelum Nahas

Lokasi kejadian menjadi pilu seketika kerana keluarga mangsa menangis 
selepas meratap mayat mangsa.


SELAT KLANG - Tragedi yang memilukan selepas seorang penunggang motosikal dikenali sebagai, Faziatul Zainiza, 26, yang maut dengan kepalanya hancur digilis sebuah lori ketika dalam perjalanan ke rumah rakan untuk ke tempat kerjanya di kilang Ayamas, Pelabuhan Klang, kira-kira jam 8 pagi, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut bapa mangsa, Mohd Fauzi Abdul KAdir, 54, sebelum kejadian, arwah dikatakan berperangai menghairankan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Sebelum nahas berlaku, arwah sempat menyiapkan bekalan nugget kepada adik bongsunya sebelum bertolak ke tempat kerja, bekalan itu hampir tertinggal tetapi arwah cepat-cepat mengambilnya semula lalu diserahkan kepada adiknya sambil tersenyum," katanya.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya, pada hari kejadian, arwah dikatakan bangun awal dan sempat menggoreng beberapa ketul nugget, apabila ditanya, dia memberitahu untuk dijadikan bekalan adik bongsunya ke tempat kerja.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Bagaimanapun, belum sempat adik bongsunya itu menjamah hidangan arwah terlebih dahulu meninggalkan kami," katanya lagi.

Allahyarham Faziatul yang juga ibu kepada dua anak masing-masing berusia lima tahun dan enam bulan dan dalam proses penceraian dengan suami.

Menurut Fauzi, sebelum ini, arwah sempat mendaftarkan anak sulungnya yang mempunyai hilang keupayaan bercakap ke sebuah pusat pendidikan swasta berhampiran rumah mereka kerana teringin melihat anaknya itu bersekolah seperti kanak-kanak lain.

"Walaupun pemergiannya terlalu cepat, kami tetap redha dengan semua itu," katanya.

Jenazah Faziatul selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Jerantut, Pahang yang merupakan kampung halaman datuk dan nenek arwah, petang semalam.

Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman, berkata, insiden tersebut berlaku di Jalan Kunci Air, Jalan Kampung Delek menghala ke Kampung Sungai Sireh.

Menurut Rosly, motosikal ditunggangi mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan lain dan menyebabkan mangsa terjatuh ke bahagian laluan jalan.

"Mangsa kemudiannya digilis sebuah lori bermuatan gas yang dipercyai gagal untuk mengelak menyebabkan kepala mangsa pecah.

"Mangsa meninggal serta-merta di tempat kejadian dan sehingga kini pihak kami masih mengumpul maklumat mengenai kejadian ini dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987," katanya.




Sumber: Sinar Harian

1 komen:

  1. smoga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah jaja..Alfatihah :((

    ReplyDelete

Powered by Blogger.