Babi Mati Dirempuh Dua Buah Kereta Sebelum Diseret

Keadaan bangkai babi hutan di tengah-tengah jalan raya yang mati dirempuh.


ALOR GAJAH - Penduduk di Kampung Pahang, Pengkalan Balak, di sini memohon pihak berkaitan supaya memantau kawasan belukar berhampiran jalan kampung itu yang didakwa menjadi sarang babi hutan berikutan bimbang insiden kemalangan membabitkan haiwan liar berkenaan berulang kembali.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kejadian ini berlaku kira-kira jam 10 malam, kelmarin, mengejutkan sebuah keluarga yang pada ketika itu berada di dalam rumah dengan bunyi rempuhan kuat di hadapan rumah mereka sebelum menyedari seekor babi hutan mati dirempuh oleh sebuah kereta di sini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut saksi, Wafa Baba, 52, berkata, babi berkenaan dipercayai keluar secara tiba-tiba dari belukar sebelum dirempuh sebuah kereta sebelum diseret 10 meter.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Pada ketika itu, kami menyangka pemandu kereta terbabit melanggar pejalan kaki, sebaliknya mendapati seekor babi hutan mati di tengah-tengah jalan raya.

Menurut Wafa, pemandu kereta berkenaan bagaimanapun tidak memberhentikan kenderaan ssebaliknya meneruskan perjalanan, berkemungkinan terkejut dengan insiden yang berlaku.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Katanya lagi, selang beberapa minit kemudia muncul sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki berusia 40-an dari arah Sengai Tuang merempuh haiwan berkenaan hingga terseret kira-kira lima meter.

"Ketika itu, saya risau jika ia tercampak ke arah kami yang berada berdekatan di situ. Oleh itu, saya harap pihak yang berkaitan dapat memantau atau membuat sebarang tindakan yang berlaku di kawasan kampung berkenaan," katanya.






Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.