Azwan Ali, Ummi Hafilda Berdamai (Video)

Berita berkaitan [Azwan Ali Ditahan Polis Selepas Ugut Bunuh Ummi Hafilda (2 Gambar)]


Sebelum ini, blog Speaker Pecah ada mendedahkan kontroversi 'panas' mengenai pengacara TV terkenal, Azwan Ali berhubung tindakannya yang mengeluarkan tweet di laman Twitter berbaur ugutan untuk membunuh dan membakar adiknya sendiri, Ummi Hafilda.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, persengketaan antara dua beradik ini selesai apabila masing-masing saling bermaafan terutama Azwan Ali yang sebelum ini ditahan polis untuk siasatan lanjut mengenai tweet berbaur ugutan tersebut. Justeru itu, Ummi telah membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya. Setelah perbincangan keluarga dibuat, Ummi Hafilda dikatakan akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya itu.

Menurut Ummi, beliau mengambil tindakan untuk menarik balik laporan polis berkenaan selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan pihak media dan memastikan keselamatannya terjamin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Selama 7 tahun kami tidak bertegur sapa dan berkat doa daripada ibu, kami sudah berdamai," katanya pada sidang media, tengah hari tadi (Rabu).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan, Azwan Ali turut memohon maaf kepada semua pemimpin negara yang dikutuk termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Azwan Ali juga dilihat menangis bila nama Azmin Ali disebut sambil menafikan dia bukan penyokong kuat Anwar Ibrahim.

Menurut Azwan Ali, dia bersumpah tidak akan menghina, mengeji dan mengutuk apa-apa melalui Twitter dan Facebook dan berkemungkinan beliau akan menutup akaun Twitternya serta-merta.




Sumber: Encik Nakal

1 komen:

  1. adik-beradik yg suka mencetuskan publisiti murahan..kalo nak gado adik-beradik tak perlu satu malaya kasi tau

    ReplyDelete

Powered by Blogger.