Ayat Al-Quran Di Sebalik Nombor Ekor

Nombor ekor yang tertera pada ayat al-Quran berkenaan.



BALIK PULAU - Seorang lelaki terkejut apabila keputusan nombor ramalan yang diminta mengandungi ayat-ayat suci al-Quran yang dicetak oleh pihak tidak bertanggungjawab.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Itulah yang berlaku kepada seorang mangsa di pekan Kongsi terkejut apabila melihat keputusan nombor ramalan mengandungi ayat al-Quran.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Barat Daya menggesa pihk berwajib tampil menyiasat cetakan keputusan nombor ramalan di sebalik kertas yang mengandungi ayat suci al-Quran itu.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Yang Dipertuanya, Mohd Faiz Mohamed Rafeek berkata, tindakan tidak bertanggungjawab syarikat nombor ramalam di pekan Kongsi itu telah dikesan oleh rakannya pada 1 Januari lepas kira-kira jam 8 malam.

"Saya memontanya untuk mendapatkan kertas tersebut dan alangkah terkejutnya apabila melihat keputusan nombor ramalan itu sememangnya mengadungi ayat-ayat al-Quran.

"Tindakan syarikat itu sememangnya telah menyentuh sensitiviti umat Islam sebagai agama yang suci," katanya.

Menurut Mohd Faiz, tidak sepatutnya kertas yang bercetakan al-Quran digunakan sebagai catatan keputusan nombor ramalan, walaupun kertas tersebut telah dikitar semula dan laporan sudah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Barat Daya, kelmarin.

'Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Mainpp) perlu menunjukkan kuasa mereka untuk membongkar isu yang berlaku di Balik Pulau ini," katanya.

beliau berkata, beliau turut mendapat sokongan rakan-rakan dari laman sosial yang bersetuju akan tindakana yang diambil.

"Bukan itu sahaja, saya turut mengajak mereka yang berminat untuk menyerahkan memorandum kepada Mainpp pada minggu depan bagi menyatakan kekesalan umat Islam terhadap kejadian tidak bermoral berkenaan.

"Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim juga perlu tampil dan membantu memberi penjelasan agar isu tersebut dapat diselesaikan dengan lebih efektif sekali gus meredakan kemarahan umat Islam," katanya.




Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.