Anak Halau Ibu Selepas Dihasut Rakan

Suspek telah ditahan dirumahnya pada 5 Januari lepas.


KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dipercayai telah termakan hasutan kawan sebayanya kerana sanggup menghalau ibu kandungnya sendiri daripada rumah dengan mengugut akan menggunakan "minyak mati bunuh" sekiranya wanita itu enggan menuruti perintahnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Zulkefly Muhamad, 22, yang dipercayai seorang penganggur bertindak sedemikian selepas tidak berpuas hati apabila permintaannya untuk meminjam sedikit wang daripada ibunya yang bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan tidak diendahkan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, dia yang turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, semalam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Hukuman tersebut telah diputuskan selepas tertuduh mengaku bersalah keran sengaja mendatangkan ketakutan terhadap ibunya, Gayah Embong, 50, di kediaman mereka di Kampung Titian Baru, Pengadang Buloh, di sini, pada 20 Disember tahun lalu kira-kira jam 8 malam.

Dia disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Kesksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun yang sama yang memperuntukkan penjara dalam tempoh dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda di hadapan Majistret Nor Azizah Yudof manakala tertudh tidak diwakili peguam.

Menurut sumber, pada malam kejadian, tertuduh telah mengamuk dan merosakkan harta benda di dalam rumah disebabkan ibunya enggan memberikan wang kepada tertuduh.

Susulan kejadian itu sehinggalah sekarang, mangsa terpaksa lari dari rumah dan tinggal bersama anak perempuannya di Kampung Batu Rakit kerana bimbang sekiranya tertuduh nekad untuk mencederakannya sekeluarga.

Tertuduh telah berjaya ditahan dirumahnya pada 5 Januari lalu kira-kira jam 3.20 petang.


Sumber: Sinar Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.