'Aman Islam' Bantah Larangan Bertudung




BANGKOK - Beratus-ratus penduduk Islam di sini mengadakan satu perhimpunan secara aman di hadapan pejabat Perdana Menteri Thailand, semalam, kerana membantah langkah sebuah sekolah menengah Buddha yang melarang seorang remaja Islan memakai tudung.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kumpulan Aman Islam menyifatkan tindakan Sekolah Menengah Wat Nongjok di sini yang tidak membenarkan seorang pelajar Islam memakai tudung memasuki kawasan sekolah adalah prejudis terhadap Islam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tindakan itu sama sekali bertentangan dengan Peraturan ke atas Pakaian Seragam Sekolah Kementerian Pendidikan yang menyatakan para pelajar berhak memilih pakaian seragam mereka.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Malah, kementerian juga menghantar sepucuk surat menggambarkan tindakan sekolah berkenaan sebagai salah guna dan salah laku," menurut satu kenyataan dikeluarkan kumpulan memprotes.


Mereka mendakwa ada diantara guru dan pentadbir sekolah secara berterusan enggan mengajar atau membenarkan pelajar berusia 18 tahun itu memasuki sekolah berikutan isu 'hijab."


Kumpulan itu mendesak Perdana Menteri Yingluck Shinawatra untuk membantu menyelesaikan isu ini.






Sumber: Berita Harian

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.