Ally Bakal Akhiri Zaman Bujang Bersama Pilihan Keluarga



Pengacara popular di TV3, Ally Iskandar, 36, bakal menamatkan zaman bujangnnya untuk mengahwini seorang gadis pilihan keluarganya, Farah Lee, 23, pada 20 Januari depan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Ally, majlis akan nikah akan diadakan di rumah Farah sendiri yang terletak di Kampung Atas Tol, Terengganu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kami hanya akan mengadakan majlis secara kecil-kecilan sahaja. Ia hanya dihadiri sanak-saudara dan teman-taman rapat. Bagaimanapun, pihak saya masih belum menentukan sebarang majlis sebelah lelaki," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Ally lagi, perkenalannya bersama Farah adalah diatur oleh keluarganya. Tempoh perkenalan mereka agak singkat (empat bulan) tetapi ia tidak menjadi masalah untuk mendirikan rumahtangga.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya tidak pernah bercinta dengan Farah lagi, namun sikapnya yang berbeza dengan gadis lain, berjaya menawan hati saya.

"Setelah keluarga perkenalkannya kepada saya, kami hanya berhubung menerusi laman Facebook sahaja, kemudia baru berjumpa.

"Ketika pertama kali kami berjumpa, hati saya telah terbuka untuk menerimanya sebagai pasangan hidup saya nanti," katanya.

Ditanya apakah yang membuatkannya terpikat kepada Farah, Ally berkata, dia kagum dengan keperibadian Farah.

"Dia seorang yang sangat menjaga tingkah laku, malah ketika ingin berjumpa dengannya pun saya perlu meminta izin daripada keluarganya terlebih dahulu," katanya lagi.




Sumber: Sinar Harian

1 komen:

Powered by Blogger.