Akidah - Banyakkan Bersabar



Hadith: 
Daripada Anas r.a. katanya, Aku berjalan bersama- sama Rasulullah s.a.w. Baginda memakai selendang kasar tepinya buatan Najran. Baginda bertemu dengan seorang Arab badwi lalu direntapnya selendang baginda dengan rentapan yang kasar sehingga aku melihat kesan di tengkuk baginda akibat rentapan yang kasar itu. Kemudian orang arab itu berkata: Wahai Muhammad perintahkanlah supaya diberikan kepadaku daripada harta Allah apa yang ada pada kamu, Maka rasulullah s.a.w berpaling kepadanya sambil ketawa. Kemudian baginda memerintahkan supaya diberikan sedekah kepadanya.
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Huraian Hadith: 
1.Rasulullah s.a.w adalah seorang yang pemaaf dan tidak suka membalas dendam serta tidak mudah marah.

2.Umat Islam hendaklah mencontohi sifat-sifat mulia tersebut kerana sifat-sifat ini mempunyai nilai-nilai kebaikan yang amat tinggi yang akan menimbulkan kesedaran kepada orang lain yang menerimanya.

3.Islam menggalakkan umatnya supaya bertindak dengan cara yang bijaksana apabila berhadapan dengan golongan yang jahil dan hendaklah menunjukkan sikap yang lemah lembut agar dapat menarik hati mereka kepada Islam.
Sumber: Jakim

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.