Adi Putra Tercalon Dua Kategori Dalam ABPBH 25




Bersandarkan dua watak yang menjadi igauan para peminat hiburan tempatan, Jai (KL Gangster & KL Gangster 2) dan Zikir (Tentang Dhia), nama Adi Putra mula melonjak naik dan tercalon dalam dua kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Adi Putra dicalonkan dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon Drama Lelaki Popular.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Syukur Alhamdulillah apabila filem KL Gangster dan drama Tentang Dhia telah memberikan satu impak yang besar kepada saya pada tahun ini. Fenomenanya cukup besar dan penerimaan peminat filem dan drama juga cukup hebat," katanya.

Dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Adi Putra turut tercalon bersama dua lagi pelakon filem KL Gangster iaitu Aaron Aziz dan Syamsul Yusof.

Sementara dalam kategori Pelakon Drama Lelaki Popular pula, Adi akan bersaing sekali lagi dengan Aaron Aziz selain pelakon lain seperti Fauzi Nawawi, Fizz Fairuz dan pemenang tahun lalu, Remy Ishak.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menilik peluang artis yang bakal memenangi kategori utama, Bintang Paling Popular, Adi akui agak sukar untuknya membuat pilihan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kalau tahun yang lepas, pengaruh Shaheizy Sam cukup besar, namun untuk tahun 2011 agak sukar untuk diramal kerana peluang sama rata diperolehi oleh setiap artis. Saya melihat pada tahun ini terlalu banyak drama dan filem yang telah mencetus fenomena negara. untuk itu saya rasakan peluang adalah sama rata," kata hero kepada Nora Danish dalam drama 'Tentang Dhia'.


Sumber: GUA

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.