7 Terkorban Membabitkan Pertembungan MPV, Treler

(Sumber gambar: Kosmo!)



Ketua Bahagian Ketenteraan Awam dan Trafik Daerah, Asisten Superintendan Ismail Munajat, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu,  seramai enam mangsa maut di tempat kejadian, manakala pemandu MPV , Mohd Hisam Mat Zaki, 22, meninggal dunia di Hospital Seri Manjung (HSM).

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Ismail, enam mangsa yang terkorban dikenali sebagai Mohamad Kamil Samsuri, 16, Ahmad Faizal Mohd Termizi, 16, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 16, Muhammad Shafik Redzuan Yusof. 17, serta dua beradik, Mohamad Hadi Sulaiman, 18, dan Badrul Isa, 20.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Dua mangsa lagi masih dirawat di HSM, iaitu penumpang MPV, Khairul Faiz Mohd Noor, 18, yang mengalami cedera ringan serta pemandu treler, Abdul Rashid Abdul Aziz, 50, ynag telah ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) akibat mengalami kecederaan yang serius," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ismail berkata, MPV yang dikatakan membawa sembilan penumpang itu dalam perjalanan dari arah Setiawan menuju ke Telu Intan Sebelum bertembung dengan treler yang datang dari arah bertentangan dan berkemungkinan MPV tersebut dipandu laju sehingga menyebabkan enam orang tercampak keluar selepas bertembung.

Salah seorang penumpang MPV yang maut selepas tercampak keluar dari kenderaan 
berkenaan. (Sumber gambar: Kosmo!)


"Siasatan awal kami mendapati, MPV itu cuba untuk memotong kereta jenis Honda Civic dari arah lorong kecemasan (kiri) dan masuk semula ke laluan di hadapan kereta tersebut secara mengejut.

"Tindakan tersebut menyebabkan pemandunya hilang kawalan lalu bertembung dengan treler bermuatan tong gas tersebut sebelum kedua-dua kenderaan itu merempuh gerai buah-buahan dan yang berada di sebelah kanan treler terbabit dan terbabas ke ladang sawit.

"Malah, salah seorang penumpang MPV turut tercampak di atas cermin hadapan kereta Honda Civic itu," katanya.

Menurutnya, dua wanita yang dipercayai menaiki MPV dan pemilik Honda Civic itu setakat ini masih belum membuat sebarang laporan di balai polis kemungkinan disebabkan masih trauma atas kejadian yang berlaku sehingga meragut tujuh nyawa dalam sekelip mata.




Sumber: Sinar Harian - Kosmo!

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.