5 Sekeluarga Dibunuh Dengan Kejam

Polis mengangkat salah seorang mayat mangsa selepas dipercayai dibunuh 
kejam di Sibu. (Sumber gambar: NST)


SIBU - Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak ditemui bunuh dengan kejam di rumah mereka di RTM Road Lane 13B1 di sini kira-kira jma 7.10 pagi ini (Selasa).

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata, mangsa dikenal pasti sebagai seorang wanita warga emas berumur 80 tahun, anak lelakinya yang juga ahli perniagaan berusia 36 tahun dan tiga anaknya iaitu seorang perempuan berumur 10 tahun dan dua lelaki masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun.

 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Anak bongsu daripada tiga beradik itu meninggal dunia di Hospital Sibu sejurus selepas tiba untuk menerima rawatan akibat kecederaan parah di kepalanya," katanya.
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Shafie, polis percaya suspek yang melakukan pembunuhan ini lebih daripada seorang dan mereka menggunakan objek tumpul dan tajam untuk membunuh kesemua mangsa.

"Satu sidang media akan diadakan Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri, Daruk Law Hong Soon, pada petang ini berhubung kes itu," katanya.




0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.