Tony Jaa Berlakon Dalam KL Gangster 2


June lalu, filem KL Gangster arahan Shamsuk Yusof telah mencatat sejarah setelah filem tersebut mendapat kutipan sebanyak RM 12 juta sepanjang dua minggu penayangannya. Tetapi kutipan tersebut telah diatasi dari filem Ombak Rindu dengan kutipan yang dikhabarkan lebih RM12.2 juta.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Seperti peminat KL Gangster yang sudah sedia maklum, Datuk Yusof Haslam selaku produser dari Skop Production telah mengumukan akan mengeluarkan filem KL Gangster 2 tidak lama lagi. Pastinya peminat-peminat di luar sana tidak sabar  dengan kembalinya kemunculan filem berngenre aksi itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, kembalinya filem ini bukanlah sebagai filem susulan, sebaliknya kisah yang berlaku sebelum cerita yang disaksikan penonton dalam filem pertama. Bermakna filem ini adalah filem prekuel. Di khabarkan kos penerbitannya mencecah RM3 juta.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Menurut sumber lagi, pelakon aksi terkemuka Thailand yang popular dengan filem Ong Bak, Tony Jaa juga diundang sama untuk memeriahkan filem tersebut selain Rosyam Nor. Filem ini kebanyakannya membariskan pelakon-pelakon asal seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Shoffi Jikan, Sheera Iskandar dan Zizan.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.