Tertembak Peha Sendiri

KUCHING - Malang tidak berbau. Itulah yang boleh diungkapkan selepas seorang pengawal  keselamatan yang cuai melalui detik-detik cemas selepas pistol yang diletakkan bersebelahan secara tiba-tiba tertembak peha kanannya sendiri.

Mangsa, 35, baru sahaja selesai memungut wang dari mesin pengeluaran automatik (ATM) di sebuah bank berdekatan di Jalan Simpang Tiga bersama rakannya yang lain, sekitar jam 2.30 petang.


"Kejadian ini berlaku ketika mangsa baru menaiki van menyebabkan rakan setugasnya sendiri terkejut selepas apa yang berlaku sebelum mendapati peha mangsa berdarah.

"Dalam keadaan terkejut, rakan mangsa sempat menghubungi Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan rawatan yang selanjutnya berikutan kecederaan yang dialaminya," katanya.

Menurut sumber, pistol berkenaan diletakkan bersebelahan dengan mangsa ketika menaiki van keselamatan  dan difahamkan mangsa tersentuh picu pistol itu menyebabkan ia meletup.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti puncanya.

"Mangsa hanya cedera ringan dan dihantar ke HUS untuk menerima rawatan dan keadaan dilaporkan stabil." katanya.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.