Terbelit Tali Keledar Sendiri

KUALA PILAH - Satu kemalangan maut telah berlaku di Kilometer 24 disini membabitkan seorang wanita tempatan. Dalam kejadian itu, mangsa yang bernama Suzimah Shuhaimi, 28, dari Batu Caves, Selangor, meninggal di tempat kejadian dipercayai akibat lemas selepas badannya terbelit tali pinggang keledar di tempat duduk penumpang belakang.


"Sebaik terjun ke dalam kolam, saya terlihat seorang wanita terkulai sambil badan mangsa terbelit dengan tali pinggang keledar di tempat duduk penumpang belakang dalam keadaan tidak sedarkan diri." kata seorang saksi yang cuma untuk menyelamatkan mangsa.

Dalam kejadian di Jalan Seremban-Kuala Pilah itu, saksi, Mikail Malik, 15 dan rakannya, Izzat Nizar, 16,  baru sahaja memulakan perjalanan untuk ke Ampangan, Seremban, sebelem melihat kejadian tersebut. "Ketika kejadian, saya bersama Izzat dalam perjalanan ke Ampangan, Seremban, sebelum ternampak sebuah pacuan empat roda terjunam laju ke dalam kolam. "Saya dan rakan suba untuk membantu mengeluarkan mangsa, namun sia-sia kerana badan mangsa tersangkut akibat terbelit dengan tali pinggang keledar." katanya.

Menurut sumber, kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa dalam perjalan dari Kuala Pilah-Seremban cuba untuk memotong sebuah treler dihadapannya, namun tidak melepasinya selepas cuba untuk mengelak sebuah bas yang berada di laluan bertentangan sebelum terjunam ke dalam kolam berhampiran.

Menurut saksi, dia cuba untuk meminta bantuan pemandu lori yang melalui kawasan itu untuk menarik kereta mangsa, namun gagal kerana kereta tersebut terbenam didalam kolam yang dasarnya adalah lumpur.

"Saya berasa menyesal kerana lambat untuk menyelamatkan mangsa," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Bab memberitahu, mangsa yang memandu secara berseorangan dari Kuala Pialh ke Seremban, dan dipercayai dalam perjalanan untuk pulang ke rumah di Selangor berdasarkan penemuan dua beg pakaiannya di dalam kereta.

"Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang ramai dan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah," katanya.

Mayat Suzimah dihantar ke Hospital Kuala Pilah dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mikail cuba bantu keluarkan Suzimah (gambar kecil).

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.