Tawar Usir Hantu "Kak Limah"




MARANG - Sebaik bangun daripada tidur, Mazlan Ali terkejut apabila telefon bimbitnya berdering berterusan yang dibuat oleh orang tidak dikenali. Hal ini berlaku selepas dia dan keluarganya dihantui kejadian seram seperti yang dipaparkan blog Speaker Pecah semalam (Ahad).

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sehingga jam 5 petang semalam, Mazlan telah menerima lebih daripada 100  panggilan telefon dan 50 mesej melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dari seluruh pelusuk negara.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Blog Speaker Pecah semalam telah menyiarkan kisah lembaga misteri berambut panjang yang kadangkala menutup kepalanya dengan kain batik. Rupa lembaga tersebut sama seperti watak hantu 'Kak Limah' dalam file komedi 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' yang didakwa menggangu keluarga itu sejak lebih seminggu lalu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Selain Mazlan, anaknya juga telah menjadi mangsa selepas mendapat panggilan dan SMS tanpa henti daripada orang ramai. Daripada perbualan itu, ada yang sedia menawarkan khidmat untuk mengusir lembaga itu dan ada juga yang memeberi cadangan agar keluarga itu bertemu dengan pakar bagi mengatasai masalah ini.

Menurut salah seorang anak Mazlan, Mohd Syawal, 22, berkata, ada yang menyuruhnya beliau supaya menghubungi Ustaz Fauzi, Ustaz Ariffin dan ramai lagi yang mahir mengenai perkara ini. Namun beliau belum bersedia untuk menghubungi sesiapa kerana bimbang kos bayaran yang akan dikenakan.

"Kami bimbang kos mengusir lembaga misteri itu boleh menelan belanja ribuan ringgit. Jika murah pun belum tentu kami dapat menyediakan wang dalam masa yang singkat," katanya yang menetap di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan.

Menurut keluarga tersebut, wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan merayau-rayau sekitar kawasan lima buah rumah keluarga tersebut setiap malam. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh Syawal.

Blog Speaker Pecah semalam juga menyiarkan kejadian menyeramkan itu yang dihantui keluarga berkenaan yang bermula selepas mereka membawa balik beberapa keping papan dan tiang rumah.

Selain itu, ahli keluarga terbabit turut mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang itu sering merayau sekitar lima buah rumah keluarga itu dari waktu malam hingga ke Subuh, sebelum menghilangkan diri.

1 komen:

  1. baju nak sama kaler dengan fon je

    ReplyDelete

Powered by Blogger.