Tangan, Kaki Hampir Putus

Mangsa masih dalam keadaan tidak sedarkan dan ditempatkan
di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
ALOR SETAR - Seorang lelaki cedera parah apabila tangan kanan dan kakinya ditetak hingga terkulai dan mangsa terbaring sambil mengerang kesakitan hampir setengah jam dalam insiden pergaduhan di sebuah kuarters di Tongkang Yard di sini kelmarin.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian jam 9 malam itu, lelaki berusia 36 tahun itu bergaduh dengan kenalannya kerana urusan perniagaan dan dipercayai mula bertikam lidah sebelum kaki dan tangan mangsa ditetak sehingga terkulai menggunakan sebilah parang.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mangsa bernasib baik kerana ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat kehilangan banyak darah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, pihak polis masih mencari motif kejadian dan dalam usaha menjejaki seorang lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.