Suspek Kes Pembunuhan Rozana Diburu

Motif pembunuhan Rozana dipercayai akibat
cemburu.


KUALA LUMPUR - Polis sedang berusaha untuk mengesan seorang rakan lelaki kepada arwah Rozana Mohd Yusak, 35, yang menjadi mengsa pembunuhan selepas ditikam bertubi-tubi, bagi membantu siasatan lanjut.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan kes itu dicari selepas pihak polis menemui satu dokumen yang berkaitan dengannya di rumah arwah Rozana.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, sebelum tragedi berlaku, mangsa didakwa bergaduh dengan seorang lelaki di dalam rumah tersebut. Namun sehingga malam tadi, belum ada sebarang tangkapan dibuat.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dengan bertanya kepada jiran dan ahli keluarga mangsa untuk membantu siasatan itu.

"Mangsa menyewa rumah itu tetapi jarang ada di rumah," kata salah seorang jiran, semalam.

Blog Speaker Pecah semalam ada melaporkan, seorang wanita yang ditikam lebih 15 kali sempat menjerit meminta pertolongan melalui tingkap rumahnya sebelum dia ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

Semasa kejadian kira-kira jam 1.50 pagi, Rozana mati ditikam di belakang badan, paha dan siku serta beberapa luka kecil dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki.

Suspek yang disyaki kenalan Rozana melarikan diri bersama beberapa dokumen penting termasuk MyKad mangsa. Polis juga tidak menemui senjata yang digunakan semasa kejadian untuk dikumpul sebagai bahan bukti.

Laporan bedah siasat pihak hospital semalam mendapati mangsa mati akibat ditikam sebanyak 15 kali dan mempunyai luka-luka kecil.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.