FCC Beri Lampu Hijau Kepada BlackBerry Porsche Design P’9981

BlackBerry Porsche Design P'9981 baru sahaja diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC), walau bagaimanapun ianya masih belum jelas tentangtarikh pelancaran daripada Amerika Syarikat (AS) tetapi peranti tesebut mampu menyokong WCDMA 850MHz dan 1900MHz yang juga bekerja dengan baik melalui rangkaian 3G AT & T.

P'9981 adalah hasil kerjasama antara Research In Motion (RIM) dan Porsche untuk menghasilkan telefon berjenama ini, peranti ini dihasilkan daripada keluli tahan karat yang ditempa khas dan skrin yang tidak mudah pecah, serta mempunyai "papan kekunci QWERTY yang terpahat", serta penutup belakang (back cover) dibalut dengan kulit.


Ianya mempunyai kamera belakang berkuasa 5 megapiksel dengan rakaman video berkuasa 720p, 768MB RAM, satu teras pemproses 1.2GHz, slot memori dalaman bersaiz 8GB, dan sistem operasinya adalah BlackBerry OS 7 dengan "Reka betuk antara muka Porsche yang eksklusif" senipis 11.3mm.

P'9981 juga mempunyai paparan skrin sesentuh VGA berukuran 2.8 inci, HSDPA, NFC, Wi-Fi, GPS, aplikasi realiti Wikitude World Browser, termsuk PIN eksklusif yang membantu dengan mudah untuk mengenal pasti pengguna telefon pintar P'9981 yang lain.

Menurut sumber, BlackBerry Porsche Design P'9981 akan dijual pada harga RM6999.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.