Siamang Masih Dikawal Oleh Pihak Zoo

Kanak-kanak ini dihantar ke Hospital Melaka (HM) setelah 
diserang oleh seekor siamang di Zoo Melaka.

MELAKA - Pihak Zoo Melaka masih lagi mengawal dan mengkuarantinkan siamang yang telah menyerang kanak-kanak berusia 3 tahun pada minggu lalu, bagi mengenal pasti sebab-sebab haiwan tersebut bertindak ganas.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pengarah Zoo Melaka, ahmad Azhar Mohammed berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan untuk mengetahui punca siamang tersebut keluar dari temapt habitatnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Pihak kita masih mencuba mendapatkan pandangan dari pelbagai pihak sebelum membuat keputusan untuk melepaskan haiwan itu semula.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Pihak kami akan sentiasa meningkatkan khidmat pengawasan bagi memastikan keselamatan semua pengunjung dalam keadaan terjamin," katanya.

Menurutnya lagi, kejadian yang berlaku pada minggu lalu tidak menjejaskan jumlah pengunjung ke Zoo Melaka sempena cuti sekolah ini.

Kami sentiasa mengambil tindakan bagi meyakinkan kepada semua pengunjung bahawa Zoo Melaka sentiasa selamat utnuk dikunjungi disamping mengambil langkah berjaga-jaga supaya kejadian yang lalu tidak berulang lagi kerana kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku lagi," katanya lagi.

Minggu lalu, seorang kanak-kanak telah diserang oleh siamang yang disangkakan jinak. Kanak-kanak tersebut menerima tiga jahitan selepas betisnya digigit oleh haiwan tersebut.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.