Selepas 'Tentang Dhia', Kini 'Gemersik Kalbu' Pula

'Gemersik Kalbu' menampilkan lakonan hebat daripada Aqasha, 
Ayu Raudah dan ramai lagi. (Sumber gambar: GUA)



Selepas berakhirnya drama'Tentang Dhia' pada episod ke-30, slot Akasia, TV3 bakal menayangkan sebuah lagi drama bersiri yang penuh dengan emosi dan konflik, 'Gemersik Kalbu' yang turut dibintangi pelakon hebat Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani serta Khatijah Tan dan drama ini akan bermula 2 Januari 2012 depan.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, drama ini telah diadaptasi daripada sebuah novel nukilan Anis Ayuni yang mengisahkan tentang suka duka seorang wanita bernama Raihana yang tabah mengarungi dugaan hidup sejak kecil kerana ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Apabila neneknya meninggal dunia, Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang. Pertemuan dengan Wan Ariffin telah menimbulkan rasa cinta, namun setelah mengikat tali pertunangan, Wan Ariffin pergi menyahut seruan Ilahi.

 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kehadiran Sufian tidak memberi sebarang makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang bersungguh-sungguh untuk mengambil hati Raihana telah berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam sidang media yang diadakan semalam (Khamis), pengarahnya, Heykal Hanafian memberitahu dia begitu tertarik dengan plot atau jalan cerita yang ditampilkan dalam novel 'Gemersik Kalbu' dan berharap adaptasi ini boleh diterima peminat drama Melayu .

'Gemersik Kalbu' akan menemui penonton bermula 2 Januari 2012 ini di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7 malam, di TV3.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.