Selepas Suarez, Kini Giliran Terry Pula

Terry mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman 
kepada Ferdinand.


LONDON - Persiapan skuad England unutk menghadapi kempen bagi Euro 2012 nampak sedikit terjejas selepas ketua pasukan, John Terry dilaporkan bakal dijatuhi hukuman kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua pasukan Chelsea itu hadir di mahkamah bagi berdepan dengan dakwaan tersebut pada awal tahun 2012 dan pengkritik sukan mejangkakan kes itu mungkin berlanjutan sehingga ke musim panas depan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Terry diarahkan hadir ke Mahkamah Majistert London Barat pada 1 Februari depan setelah dia dituduh memanggil Ferdinand dengan perkataan perkauman ketika pertemuan Liga Perdana England, Oktober lepas.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Situasi tersebut adalah satu mimpi ngeri buat jurulatih Englad, Fabio Capello yang telah pun berdepan dengan masalah penggantungan Wayne Rooney selama dua minggu.

Meskipun kes ini baru didengar di mahkamah, namun ramai pihak mempertikaikan sama ada patutkah seseorang itu yang dihadapkan dengan tuduhan serius dan sensitif seperti itu boleh memimpin bilik persalinan. Proses undang-undang memakan masa selama berbulan-bulan dan kemungkinan ia bakal diselesaikan selepas Euro 2012.

Kelmarin, blog Speaker Pecah ada mendedahkan bahawa penyerang Liverpool, Luis Suarez digantung lapan perlawanan dan didenda AS$62,800 (RM198,679) kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada pemain Manchester United, Patrice Evra.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.