Seekers Musim Ke-8 Kembali Menghantui




Rancangan Seekers yang telak memasuki musim ke-8 pastinya memberikan sesuatu yang menarik kepada para penonton agar kandungannya sentiasa menarik dan segar. Menerusi musim ke-8 ini Seeker memperkenalkan hos baru yang akan memainkan peranan mereka sebagai penyiasat paranormal iaitu Bil Azali, Syai dan Ixora Chern. Lengkap dengan teknologi terkini seperti kamera infra merah, alat pandangan malam, pengesan bunyi dan haba sensitif, medan pengesan eletronik mahu pun lampu suluh.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mengekalkan produser yang sama iaitu Aeizul reeza Ismail berkata, Seekers musim kali ini penuh dengan kejutan, lebih seram, suspen dan pasti membuatkan bulu roma para penonton meremang dengan pelbagai perkara dan tontonan aneh yang terpaksa mereka lalui demi mencari jawapan kepada misteri paranormal.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Lokasi yang mejadi pilihan penyiasat Seekers kali ini adalah di Pulau Pinag, Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan bagi membongkar beberapa lagi aktiviti paranormal sepanjang 19 episod ia disiarkan di NTV7. Seekers juga menampilkan artis jemputan seperti Black Mentor, Danny X-Factor, Kenchana Devi, Belle Ngasri, Hamdan dan ramai lagi bakal turut bersama penyiasat Seekers untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan dan mencabar perasaan takut di dalam diri mereka masing-masing.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Rancangan Seekers musim ke-8 ini akan mula bersiaran bermula 5 Januari 2012, pada setiap hari Khamis, jam 9 malam hanya di Saluran Ceria Anda, NTV 7.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.