Saya Tidak Memeluk Agama Lain : Arif Alfian



Seorang bekas pelajar Malaysia, Arif Alfian Rosli, yang baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan kepada semua pihak kononnya dia telah berkahwin secara songsang di Dublin, beberapa hari lepas.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Arif Alfian ketika ditemu bual oleh media Ireland, dia tidak mahu mengulas lanjut tentang kejadian tersebut. Arif bagaimanapun menegaskan dirinya masih lagi seorang penganut agama Islam, dia juga mengatakan tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang Muslim sehingga ke akhir hayatnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan oleh pihak media sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai seorang Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal dengan agama Islam sehingga saya mati. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Arif juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibu bapanya tetapi kerap kali menghubungi adik-beradiknya yang lain ekoran ada perselisihan faham antara mereka.

Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini meminta pertolongan daripada akhbar tempatan untuk mencari anaknya yang dikatakan 'hilang'.

Dalam misi pencarian Arif Alfian  yang dikatakan 'hilang' di Dublin,  Arif Alfian dipercayai telah berkahwin sesama jenis dengan seorang lelaki warga asing yang bernama Jonathan dan dipercayai beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsangnya itu telah tersebar meluas di internet.

Majlis perkahwinan songsang itu dipercayai telah berlangsung dalam sebuah gereja di Dublin dan pada masa tersebut Arif Alfian dipercayai telah memakai baju Melayu berwarna hitam, bersamping dan bertanjak berwarna emas. Pasangannya pula telah mengenakan sut lengkap warna hitam.

Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland, turut menafikan dakwaan bahawa konon dirinya 'hilang' di Dublin.

"Saya tidak hilang pada ketika itu. Pihak berkuasa Ireland juga tahu saya tinggal secara sah di negara ini," katanya.

Menurutnya lagi, Arif Alfian menjelaskan bahawa dia tidak terfikir untuk menarik perhatian umum berikutan berita panas yang telah dikaitkan dengan dirinya itu.

4 komen:

  1. ayat dia yg ni x boleh blah
    'Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya'
    tp gay...
    dia ni btol ke x ni??
    adoyai~~~
    huhu

    ReplyDelete
  2. ko ni dah songsang segalanya..kesian mak yg lahirkan ko

    ReplyDelete
  3. ishh-3
    dunia dh nk kiamat
    hubungan sejenis brleluasa..

    ReplyDelete
  4. sekarang ni berita Arif sedikit senyap..
    tapi timbul pulak berita baru pasal gay melayu kawin dekat Greece.. lepas ni taktahu kat mana lagi..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.