Rumah Pengantin Hangus Terbakar

KUALA TERENGGANU - Hajat seorang ibu tidak kesampaian untuk melihat majlis perkahwinan anak perempuannya yang akan dilangsungkan pada 31 Disember ini akibat rumah yang didudukinya hangus dijilat api.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kejadian yang berlaku pada 12.30 tengah hari di Kampung Bukit Tunggal di sini bermula dari salah satu bilik yang didiami Zainab Salleh, 47, dan suami, Asli Baring, 48, serta anak-anaknya. Kejadian berpunca ketika Zainab sedang memasak didapur dan terbau sesuatu benda terbakar.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Ketika saya sedang memasak, saya mula terbau sesuatu benda terbakar dan saya mula meninjau di luar rumah bagi memastikan punca bau terbakar itu. Secara tiba-tiba, anak saya yang berada di ruang tamu menjerit dan memberitahu bahawa ada api didalam sebuah bilik," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurutnya lagi, dia dan anak-anaknya cuba untuk memadam api tersebut dengan air tetapi usaha mereka gagal disebabkan api mula marak dengan cepat. Oleh sebab itu, dia dan anak-anak terpaksa keluar daripada rumah tanpa sempat menyelamatkan barang berharga termasuk barang-barang untuk persiapan perkahwinan kecuali kad perkahwinan anaknya, Nurul Azma, yang menetap di Kuala Lumpur.

"Ini adalah majlis perkahwinan pertama kali yang akan diadakan dalam keluarga kami. Oleh sebab itu, kami sekeluarga mahu membuat majlis yang meriah sedikit.

"Tetapi apabila rumah bersama kelengkapan perkahwinan sudah hangus terbakar, saya tidak tahu nak buat apa lagi, hanya kad perkahwinan saja yang sempat kami selamatkan" katanya lagi dalam keadaan kesedihan.

Dalam pada masa yang sama, Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal, Ismail Nik, berkata pihak beliau akan membantu keluarga tersebut sama ada dari sudut pembinaan rumah baru dan majlis perkahwinan anak mangsa yang bakal dilangsungkan pada 31 Disember ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Kamarul Bieza Mohd Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan telefon kira-kira jam 12.30 tengah hari.


 Asli Baring serta keluarga hanya sempat menyelamatkan kad perkahwinan saja.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.