Rompak RM120,000 Dengan Hanya Berbasikal

Gambar ini membuktikan ketiga-tiga penjenayah tersebut hanya berbasikal 
selepas selesai menyamun. (Sumber gambar: Syok Download)


SHAH ALAM - Tiga penjenayah hanya menaiki basikal untuk melarikan diri selepas berjaya merompak sebuah premis pengurup wang dan berjaya melarikan pelbagai mata wang asing bernilai RM120,000 dalam kejadian samun di Jalan Pelabuhan, Pelabuhan Klang, dekat sini, kelmarin.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian 10.20 pagi itu, ketiga-tiga penjenayah tersebut hanya mengambil masa kurang daripada lima minit untuk mengaut kesemua barangan berharga di dalam premis berkenaan dan difahamkan hanya ada seorang pekerja sahaja di dalam premis itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut laporan, premis berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan pengawal keselamatan sekaligus memudahkan penjenayah tersebut untuk membuat aktiviti mereka.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yudof berkata, siasatan awal mendapati seorang daripada tiga penjenayah lelaki terbabit membawa sepucuk pistol dan mengugut pekerja di premis berkenaan supaya menyerahkan semua mata wang yang ada.

Beliau berkata, mangsa yang dalam ketakutan akibat diacu dengan pistol terpaksa mengikut arahan yang 'gila' itu sebelum ketiga-tiga penjenayah tersebut melarikan diri denagn hasil samun tadi.

"Mangsa membuat laporan polis selepas kejadian tersebut dan hasil siasatan ada saksi yang nampak ketiga-tiga suspek berlari keluar daripada premis berkenaan sebelum melarikan diri dengan menaiki basikal," katanya.

Menurut Mohamad lagi, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan berikutan kejadian tersebut untuk memastikan laporan itu sahih atau tidak dan setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.