Rockers Malaya Akan Gegarkan Konsert Loud Speaker

Red Garage adalah jenama yang sinonim dengan industri permotoran di Malaysia yang juga diminati dalam kalangan peminat-peminat motosikal berkuasa tinggi. Pada tahun ini dengan membawa jenama syarikat mereka sendiri, Red Garage akan menganjurkan konsert 'Loud Speaker' secara besar-besaran. Konsert ini akan turut dimeriahkan oleh artis-artis rock tanah air seperti Wings, XPDC, Azlan & The Typewriter dan hero Superman Malaya, Faizal Tahir, dan dijangka konsert ini akan diadakan di Stadium Merdeka pada 25 Disember 2011 nanti.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Sebelum ini Red Garage telah menganjurkan gig-gigs kecil, bermula daripada itu kami ingin cuba menganjurkan sesuatu konsert yang lebih besar berikutan pengaruh kuasa dan legasi seni yang diperjuangkan oleh empat entiti seni ini. Saya yakin konsert 'Loud Speaker' yang akan berlangsung selama 3 jam ini mampu memberi kepuasan kepada peminat-peminat yang hadir," kata Mohd Adi Iskandar Abu Zahar selaku penganjur.

Menurut pengacara Melodi, Dira Abu Zahar yang juga adik kepada Idi, konsert ini disifatkan sebagai batu loncatan buat Red Garage untuk memperkenalkan jenama tersebut kepada Malaysia disamping menganjurkan konsert nyanyian sebagai daya penarikan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Difahamkan harga tiket bagi konsert ini tidaklah terlalu mahal dan dianggap sudah cukup berpatutan. Harga tiket yang dijual adalah dari RM77.00 hingga RM222 (VVIP).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber lagi, Red Garage akan menganjurkan Kuala Lumpur Bike Week (KLBW) di The Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur, sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan konsert 'Loud Speaker', acara ini akan diadakan pada 23 dan 24 Disember sehari sebelum konsert 'Loud Speaker'.

Bagi sesiapa yang berminat boleh melayari www.tickethotline.com.my atau di talian 03-77251177. Sebarang informasi mengenai konsert boleh dibuat dengan melayari www.facebook.com/redgaragemalaysia.

Kepada pengunjung-pengunjung Speaker Pecah, jom kita pakat-pakat pergi konsert Loud Speaker.


 4 entiti seni ini akan berkongsi pentas di Konsert Loud Speaker.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.