Polis Temui Petunjuk Baru

Rozana dipercayai mati selepas ditikam sebanyak 15 kali. 
(Sumber gambar: mylifeinthemodestlane.blogspot.com)



SHAH ALAM - Polis masih lagi menjejaki seorang individu lelaki yang dipercayi teman lelaki kepada kerani bank, Rozana Mohd Yusak, 35, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam selepas ditikam sebanyak 15 kali di badan yang berlaku di sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Desa, Kepong, Gombak, 22 Disember yang lalu.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya sudah memperoleh petunjuk baru dan sudah mengenal pasti lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kita  dalam usaha untuk mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Selain itu, kita juga sudah mengambil keterangan daripada rakan mangsa termasuk ahli keluarga bagi mengumpul maklumat berhubung kes berkenaan," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam.

Dalam kejadian 22 Disember lalu, Rozana ditemui mati oleh orang awam dalam keadaan yang mengerikan dalam premis sewanya, sebelum dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa yang masih bujang itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan dan laporan bedah siasat menunjukkan terdapat 15 kesan tikaman di belakang badan mangsa dan kesan kecederaan di beberapa anggota badan lain.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.