Polis Perangkap 10 Remaja

Kesemua remaja berkenaan terpaksa ditahan sebelum diambil 
oleh penjaga masing-masing.


KULIM - Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim, telah berjaya menahan lebih 10 orang remaja di Jalan Kilang Lama, di sini, kelmarin.

sila lawat http;//speakerpecah.blogspot.com
Dalam operasi besar-besaran tersebut, kesemua remaja yang ditahan adalah remaja Melayu berusia antara 15 hingga 17 tahun.
sila lawat http;//speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, beberapa pihak polis terpaksa menyamar dengan memakai pakaian preman dan menunggang motosikal di hadapan kumpulan remaja berkenaan bagi menarik perhatian mereka.
sila lawat http;//speakerpecah.blogspot.com
Penyamaran tersebut membuahkan hasil apabila beberapa remaja yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 cuba untuk mengejar "mat rempit" di hadapan mereka, sebelum mereka masuk perangkap.

Hasil pemeriksaan polis mendapati kesemua remaja berkenaan tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan motosikal sudah tamat tempoh, selain kenderaan yang mereka naiki telah diubah suai.

Melalui perbualan polis dan tahanan, polis berjaya mendapt maklumat tentang lokasi yang sering digunakan oleh golongan remaja untuk menjadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan.

Menurut Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayub, rata-rata motosikal yang di tahan tidak mempunyai cermin sisi dan sebilangannya menggunakan ekzos yang bising.

"Sebilangan mereka yang ditahan tinggal di Serdang dan motosikal yang dugunakan adalah milik ahli keluarga mereka.

"Ada diantara mereka tidak membawa kad pengenalan bersama dan ini merupakan kesalahan yang serius," tegasnya lagi.

Menurutnya lagi, pihaknya terpaksa mengambil tindakan menyaman pemilik motosikal kerana membenarkan kenderaan tersebut dibawa oleh penunggang yang tidak berlesen.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.