Polis Mahu Gangguan Hantu 'Kak Limah' Selesai Segera

Di sini (Kampung Temiang) kawasan yang didakwa hantu 'Kak Limah'
sering muncul. (Sumber gambar: Sinar Harian)



MARANG - Pihak polis meminta keluarga Mazlan Ali, 55, dari Kampung Temiang, di sini, supaya segera mencari jalan penyelesaian berikutan kononnya mereka sekeluarga telah diganggu wanita misteri yang menyerupai watak hantu 'Kak Limah' sejak minggu lalu.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, pihaknya telah menyiasat perkara itu namun mendapati ianya tiada sebarang unsur jenayah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Kami berharap keluarga Mazlan segera mencari jalan penyelesaian sekaligus dapat memastikan keadaan kembali seperti biasa. Kita bimbang jika perkara ini berterusan, ianya akan menjejaskan kehidupan orang lain," katanya ketika dihubungi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ahmad Mazlan berkata, pihaknya mahu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan jawatankuasa masjid di kampung itu dapat membantu keluarga terbabit.

Sementara itu, blog Speaker Pecah semalam ada memberitahu bahawa kerisauan keluarga terbabit bakal berakhir selepas ada pihak mendakwa dirinya seorang ustaz sudi tampil untuk membantu keluarga Mazlan Ali dan difahamkan bantuan tersebut adalah percuma.

Menurut ustaz tersebut, keluarga Mazlan Ali perlu sentiasa mendekatkan diri mereka kepada Allah dan jangan terlalu mudah terpengaruh dengan bantuan bomoh atau dukun kerana ianya akan mensyirikkan diri sendiri.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.