PIXELS: Model terbaru yang lebih Gah !

BlackBerry Bold 9790 dan BlackBerry Curve 9380

Peminat telefon pintar dari pengilang Kanada Research In Motion (RIM) kini boleh mendapatkan model terbaru BlackBerry, iaitu BalckBerry Bold 9790 dan BlackBerry Curve 9380 melalui rakan kongsi yang diberi arahan daripada syarikat itu disini.

Selaras dengan BlackBerry OS 7, sistem kemas kini terbaru untuk sistem operasi RIM bagi peranti ini dengan reka bentuk yang langsing dan bergaya dipertingkatkan lagi dari aspek komunikasi, multimedia, produktiviti dan ciri-ciri sambungan sosial.


BlackBerry Bold 9790 yang mempunyai slot kad memori 8GB, mampu untuk ditingkatkan lagi sehingga 32GB sebagai penyimpanan tambahan.

BlackBerry Curve 9380, adalah model Curve yang pertama dengan mempunyai paparan sentuhan, ciri-ciri paparan skrin peranti yang lebar iaitu 3.2 inci dan dilengkapi dengan aplikasi rangkaian sosial, dan mempunyai kamera berkuasa 5 megapiksel dengan lampu flash dan rakaman video.


0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.