Perompak Acu Pisau Di Kepala Dan Perut

Kamera litar tertutup (CCTV) sempat merakam kejadian.


LEDANG - Seorang remaja berbangsa Cina terpaksa berhadapan dengan detik cemas apabila dia diacu pisau oleh penjenayah yang dalam kejadian rompakan bersenjata di rumahnya di Taman Sentosa, Tangkak di sini, semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mangsa yang mahu dikenali Lee Siau Yan, 19, dikatakan baru sahaja pulang menghantar ibunya ke Hospital Tangkak kira-kira jam 5.45 pagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Namun, sejurus dia tiba dirumahnya, mangsa terkejut  apabila pintu pagar hadapan terbuka dan terdapat sebuah kereta yang dinaiki dua orang suspek berada dihadapan rumahnya.



"Sebaik saya membuka pintu rumah, salah seorang suspek meluru ke arah saya sambil mengacukan sebilah pisau di perut dan kepala dan mengarahkan supaya saya diamkan diri," katanya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Setelah berjaya memasuki rumah, salah seorang suspek mula menggeledah dan membawa lari barangan seperti komputer riba, dua telefon bimbit, wang tunai RM40, barang kemas, CPU komputer dan sbuah kereta Mercedes lama.

Dalam kejadian tersebut, mangsa menganggarkan kerugian yang dialami mencecah RM40,000 setelah hampir kesemua barang berharga  mangsa telah dikaut oleh penjenayah tersebut.

Sejurus selepas kejadian, mangsa segera menghubungi ibunya dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ledang dalam keadaan yang masih trauma.


Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintendan Mohd Salleh Abd Razak mengatakan pihaknya ada menerima laporan itu.

Menurutnya lagi, pihak beliau akan menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti kedua-dua suspek.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi IPD Ledang di talian 06-9781222.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.