Peranti Android Yang Bergaya dan Berkuasa

PETALING JAYA - Adakah anda masih mencari reka bentuk yang menarik dari telefon pintar Android ? Samsung telah menambah dua lagi model barunya yang bergaya untuk koleksi Galaxy, Y dan W.

Galaxy Y adalah telefon pintar yang padat dan nipis dengan hanya 11.5mm dan penutup belakang (back cover) mempunyai 5 warna iaitu putih, hitam, jingga, merah jambu, dan perak.


Ianya mempunyai skrin QVGA berukuran 3 inci dan bekerja dalam pemproses 832MHz. Di belakangnya mempunyai kamera berkuasa 2 megapiksel berfungsi untuk mengambil gambar dan merakam video.

Walaupun Galaxy Y mempunyai pelbagai platform tersendiri aplikasi sembang yang dipanggil chatON berfungsi kepada pengguna untuk sentiasa berhubung dengan rakan-rakan.

Bagi mereka yang mencari peranti Android yang bergaya lagi berkuasa, Galaxy W adalah jawapannya kerana ianya mempunyai skrin LCD yang besar berukuran 3.7 inci dan bekerja dalam pemproses 1.4GHz.

Ianya juga mempunyai kamera berkuasa 5 megapiksel dengan LED flash bagi merakam video dengan kualiti HD pada 30fps (bingkai sesaat).

Kedua-dua peranti ini, bekerja pada Android 2.3 (Gingerbread), dan saiz kad SDnya mampu menyokong sehingga 32GB.

Galaxy Y boleh dibeli sekarang dengan harga RM499 dan bagi Galaxy W serendah RM999 dan dijangka memulakan penghantaran pada bulan depan. Jom kasi pecah !

Peranti Galaxy W

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.