Penuntut, Bayi Maut Dalam Nahas

Keadaan dua buah kereta yang masing-masing meletup dan
terbakar dalam nahas.


KUALA LIPIS - Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara dan seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut dalam nahas membabitkan dua buah kereta yang terbakar dan meletup di Kilometer 23, Jalan Lipis-benta di sini.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi itu, Hadino Zafan Jasman, 23, yang memandu bersendirian terbunuh di tempat kejadian.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Bayi lelaki itu, MOhd Farhan Darwiz yang bersama datuk, nenek dan abangnya dalam sebuah lagi kenderaan juga disahkan maut di tempat kejadian," katanya.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Abdul Razak, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Hadino Zafan dari arah Kota Baharu menuju ke Kuala Lumpur hilang kawalan dan mula terbabas memasuki laluan bertentangan.

"Kereta itu berpusing beberapa kali sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Honda yang dinaiki sebuah keluarga yang datang dari arah Kuala Lumpur," katanya.

Sejurus pelanggaran, kereta yang dipandu Hadino Zafan terbakar sebelum meletup dan menyebabkan pemuda itu melecur 90 peratus pada bahagian badannya.

Sementara itu, pemandu sebuah lagi kereta yang hanya dikenali sebagai Mohd Zin sempat mengeluarkan isterinya, Hamidah Kasur, 51, dan dua cucu mereka iaitu Mohd Farhan Darwiz serta Mohd Fahmi danial, 4, sebelum kenderaan itu terbakar.

"Bagaimanapun, Mohd Farhan disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di kepala," katanya.

Abdul Razak berkata, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat pakar forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri bagi mengenal pasti mayat Hadino Zafan berikutan semua identiti mangsa telah terbakar dalam kemalangan berkenaan.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.