Pemohon BR1M Cecah 2 juta

IPOH - Dalam masa enam hari sahaja, seramai dua juta orang sudah menghantar permohonan masing-masing untuk mendapatkan bantuan RM500 menerusi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sejak 10 Disember yang lalu.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Kanadzlah berkata, kesumua permohonan yang dihantar itu sedang diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menentukan kelayakan mereka.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Katanya, jumlah pemohon seramai dua juta membentuk 61.5 peratus daripada 5.2 isi rumah yang layak mendapat bantuan tersebut dari kerajaan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya yakin jumlah tersebut dapat diproses dalam tempoh sebulan sehingga 10 Januari depan," katanya.

Bayaran daripada bantuan RM500 itu akan diberi mulai 16 Januari depan manakala tempoh pendaftaran akan bermula 10 Disember sehingga 10 Januari depan.

Pada pembentangan Bajet 2012 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai sekali bayar RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM3000 sebulan bagi meringankan beban mereka. Sesuailah dengan slogan kata 1 Malaysia, "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

Menurut Ahmad Husni lagi, pemohon juga boleh memohon permohonan mereka dengan menggunakan borang BR1M yang telah difotostat selagi format asalnya tidak diubah.

Orang ramai tidak perlu panik dengan kenyataan yang lalu yang mengatakan borang BR1M yang telah difotostat tidak diterima. Mereka boleh mendapatkan borang BR1M yang akan diiklankan di akhbar-akhbar tempatan esok dan selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan.

"Pemohon yang mendaftar dengan program e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat bantuan RM500 itu," katanya lagi.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati agar tidak terpedaya dengan pengedaran borang pemohonan palsu yang telah digubah seperti meminta nombor akaun bank dan sebagainya seperti yang diwar-warkan kelmarin.



Borang BR1M yang telah dipalsukan dengan meminta
nombor akaun bank pemohon.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.