Pekerja Bundle Dipenjara 7 Tahun

Nornira Ali diiringi dua orang polis keluar dari mahkamah 
setelah perbicaraan dibacakan.


AYER KEROH - Seorang pekerja 'bundle' telah dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun akibat merogol seorang remaja yang masih bawah umur dan mengugut menyebarkan gambar bogel mangsa dan hukuman tersebut telah diputuskan oleh Hakim Ahmad Sazali Omar di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Hukuman dijatuhkan selepas tertuduh, Nornira Ali, 26, mengaku bersalah terhadap dua tuduhan termasuk pertuduhan pilihan yang dibaca jurubahasa mahkamah.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh bersama rakannya, Ruszarie Aim, didakwa bersama-sam melakukan ugutan jenayah tersebut kepada mangsa yang sama dan teman lelaki mangsa, 15, iaitu mengugut untuk menyebarkan sesuatu bencana terhadap nama baik mereka.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanuk yang sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Jenayah tersebut dilakukan Nornira dan Ruszarie pada 22 Ogos 2010 di sebuah Pusat Karaoke tingkat ats Perhentian Bas Pulau Sebang di kawasan daerah Alor Gajah, kira-kira jam 9.30 pagi hingga 10.15 pagi.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika disabit kesalahan. tertuduh boleh dihukum penjara selama 20 tahun dan sebatan.

Pada 13 Mac yang lalu, Ruszarie telah dijatuhi hukuman denda RM2,000 atas kesalahan bagi Seksyen 506 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan disabitkan ke atasnya.

Menurut sumber, peguam kepada Nornira telah membuat rayuan kepada mahkamah agar meringankanhukuman kerana tertuduh telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Nornira juga perlu menanggung ibu bapanya yang uzur dan anak kecil berusia setahun serta isteri yang tidak bekerja.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, telah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat tersebut kerana sering berlaku kes melibatkan rogol di bawah umur.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.