Osbon Muncul Juara MLM

Osbon (Os & Abon) telah merangkul tempat pertama dan membawa pulang 
wang tunai RM350,000. (Sumber gambar: Harian Metro)


SHAH ALAM - Malam semalam (Jumaat) program popular Astro, Maharaja Lawak Mega (MLM) telah melabuhkan tirainya bagi tahun 2011 dengan keputusan penuh, kumpulan Osbon yang dianggotai oelh Os dan Abon telah menjuarai tempat pertama sekali gus merangkul hadian wang tunai RM350,000 pada pertandingan akhir di Stadium Melawati, di sini, semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kumpulan Osbon menepati ramalan apabila muncul sebagai juara dengan mengetepikan pesaing terdekat iaitu kumpulan Boboi yang di anggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik yang muncul naib juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM250,000 diikuti kumpulan dari Indonesia, Saehu mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150,000.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada pertandingan peringkat separuh akhir di Johor Bharu, Johor pada 23 Disember lalu, Osbon dan Boboi mendahului semua peserta dengan masing-masing mendapat 72 markah dan, Saehu (59 markah), Syok (58 markah) dan Pi Mai, (49 markah).


Persembahan Boboi juga tidak kurang hebatnya. 
(Sumber gambar: akubiomed.com)


  Pada pertandingan akhir itu juga, kumpulan Syok telah mendapat tempat keempat dan meraih hadian wang tunai sebanyak RM50,000.

Pertandingan itu mengadili para pemenangnya menerusi 70 markah daripada pengkritiknya manakala 30 markah lagi menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada para penonton.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada malam tersebut, MLM telah menjemput pelakon lelaki yang membintangi filem 'Ombak Rindu' baru-baru ini, Aaron Aziz sebagai pengkritik jemputan di samping Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) dan Zainal Abidin Hassan sebgai pengkritik tetap bagi MLM 2011.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.