Ong Kim Swee Sasar Lima Teratas Dalam Liga-S

Skuad Harimau Muda A mampu beri saingan sengit dalam Liga-S.


Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee terbukti 'lebih berani' apabila mengumumkan senarai 28 pemain untuk Liga Singapura 2012  adalah yang berusia bawah 23 tahun, tetapi tidak seperti pasukan Singapura iaitu Lions XII yang menyenaraikan 11 pemain lebih umur dalam skuad 29 pemain.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Senarai 28 Pemain Harimau Muda ke Liga Singapura 2012 adalah bagi pemain 23 tahun -Mahali Jasuli, Affize Faisal Mamat dan V Kavichelvan, pemain 22 tahun - Izzaq Faris Ramlan, Syahid Zaidon dan penjaga gol Terengganu, Shahril Saari dan pemain 21 tahun - Fadhli Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor, A Thamil Arasu, Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam Zakaria, Izham Tarmizi Roslan, Ferris Danial Mat Nasir dan penyerang Kuala Lumpur, Ahmad Hazwan Bakri.

 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Selebihnya adalah pemain 20 tahun - Fandi Othman, D Saarvindran, Gary Steven Robbat dan Amer Saidin, pemain 19 tahun - Syahrul Azwari Ibrahim, Nazirul Naim Che Hashim, Shahrul Saad dan Farhan Abu Bakar dan pemain 18 tahun - Nazmi Faiz Mansor, Syazwan Tajuddin, Akmal Ishak, Azizan Nordin, Nur Areef Kamaruddin dan Firdaus Muhammad.
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Masih ada dua slot kosong yang boleh isi, Saya bariskan ramai pemain muda ini sebagai persiapan kita untuk menghadapi Kelayakan Kejuaraan B22 AFC 2013 Jun depan dan Sukan SEA 2013 di Myanmar.

"Secara peribadi, saya meletakkan sasaran lima teratas Liga Singapura 2012 untuk memberi keyakinan kepada pemain bagi memberi cabaran hebat kepada pasukan lawan," kata Kim Swee.

Menurutnya lagi, dia sedikit kecewa apabila tidak mendapat apa-apa butiran mengenai saingan Liga Singapura setakat ini.

"Saya hanya mendapat tahu aksi pertama liga pada 9 Februari. Bertemu siapa, di mana gelanggang sendiri kami dan bila majlis undian, saya tidak dimaklumkan langsung oleh pihak Singapura. Ia menggangu persiapan kami," jelasnya lagi.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.