Ombak Rindu Capai Kutipan RM12.2 Juta



Sebelum ini Speaker Pecah ada memberitahu bahawa filem Ombak Rindu telah mencapai kutipan sebanyak RM9 juta, tetapi kali ini kutipan Ombak Rindu telah melebihi RM12.2 juta.
Nampaknya filem bergenrekan drama ini telah mendapat perhatian penonton. Filem ini adalah diadaptasi dari sebuah novel karya Fauziah Ashari dan telah difilemkan oleh Osman Ali.
Filem ini juga difahamkan telah memecah rekod filem KL Gangster yang sekadar mendapat kutipan sebanyak RM12 juta, arahan Syamsul Yusof.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ini menimbulkan persoalan bahawa selera masyarakat Malaysia sukar dijangka. Pada Jun 2011, KL Gangster telah menguasai pawagam seluruh negara dengan bergenre filem aksi dan kini nampaknya giliran filem bergenre drama pula mendapat perhatian penonton.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bermula semalam juga, filem Songlap arahan Effende Mazlan dan Fariza Azlina Isahak telah ditayangkan serentak diseluruh pawagam negara dengan membawa genre drama aksi. Ini membuktikan jika inginkan sesuatu filem itu mencapai tahap "Box Office",tidaklah perlu mengikut trend setelah kejayaan sesuatu genre sebaliknya menjadikan trend-setter dalam satu pembuatan filem tersebut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.