Ombak Besar Membadai Di Dungun

Hampir sepanjang satu kilometer jalan raya telah runtuh akibat dihakis 
ombak besar.


TERENGGANU - Kejadian air pasang dan ombak besar ynag kian melanda sebahagian pantai di negeri ini dilaporkan antara yang terburuk pernah berlaku sejak 50 tahun lalu.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Antara daerah yang teruk dilanda fenomena alam ini ialah daerah Dungun dengan hampir sebahagian persisir Pantai Peranginan Teluk Lipat dihakis ombak besar. Fenomena alam ini dijangka akan berlarutan sehingga awal Januari depan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam semalam, ombak setinggi lebih lima meter telah memusnahkan hampir keseluruhan landskap tepi pantai yang dirimbuni dengan pohon rhu dan jalan raya sepanjang kira-kira satu kilometer sehingga menyebabkan ia terpaksa ditutup kepada semua lalu lintas bagi tujuan keselamatan.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Di daerah Kemaman pula, penduduk Kampung Tanjung, Kuala Kemaman, di sini, turut diancam hakisan pantai ekoran bencana itu sehingga sebuah rumah telah musnah sementara beberapa rumah lagi di pesisir pantai itu semakin dihempas ombak.

Rumah bercantum dengan kedai makan dihuni Juliati Ismail, 30, bersama suami, Mohamad Abdul Rashid serta tiga anak mereka runtuh dalam kejadian ombak besar beserta ribut 22 November lalu kini hampir sepenuhnya ditelan ombak setelah fenomena ombak besar kembali membadai sejak dua hari lalu.

Lebih menyedihkan lagi, empat buah rumah penduduk lain juga di ambang kemusnahan sekiranya bencana ombak berterusan kerana tebing pantai terhakis teruk sekali gus mendekatkan lagi jarak rumah masing-masing dengan laut.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.