Noh Berlakon Dalam Filem Terbaru Namewee

Beberapa barisan pelakon-pelakon yang bakal menjayakan filem
terbaru Namewee.


PETALING JAYA - Buat kali pertama, vokalis dari kumpulan Indie Malaysia, Noh Hujan, atau nama sebenarnya Muhammad Noh Salleh bakal mempertaruhkan bakat terpendamnya dalam lakonan menerusi filem kedua pengarah sensai, Namawee, yang bertajuk 'Hantu Gangster'.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Namawee begitu teruja dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan vokalis terkenal tersebut dan menganggap ia satu penghargaan besar buat dirinya kerana Noh Hujan sudi meneriam pelawaan bagi menjayakan filem yang diterbitkan oleh Fred Chong itu.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Saya sering mengagumi dengan kehebatan daripada karya muzik Hujan. Saya percaya, kemunculan vokalis itu pasti ditunggu-tunggu ramai terutama 'raingers' Hujan yang sering menyokong dari belakang kerana filem ini merupakan penglibatannya yang pertama ke layar perak.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Lebih menarik lagi, Hujan juga akan tampil dengan sebuah lagu tema Hantu Gangster yang dicipta oleh kumpulan itu sendiri," katanya.


Noh Hujan turut dijemput berlakon dalam filem
Hantu Gangster.


Filem komedi seram ini mengisahkan tentang tiga kumpulan gangster dari latar belakang budaya yang berbeza, berganding bahu dalam mempertahankan keluarga mereka, melalui bantuan seorang pencuri.

Menurut Namawee lagi, selain Noh Hujan, filem tersebut turut dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Diana Danielle, Farid Kamil, Dato David Arumugam, Datuk Jalaluddin Hassan, Reshmonu, Amber Chia, Taijugin Bakar, Dennis Lau dan beberapa pelakon tambahan.

"Kejayaan filem Nasi Lemak 2.0 yanh lalu membuatkan saya lebih bersemangat untuk kekalkan konsep kepelbagaian kaum dari segi plot cerita dan dialog dalam filem Hantu Gangster ini.

"Untuk menampakkan kelainan dari filem-filem lain, saya menjemput beberapa bintang filem dan pemuzik terkenal tanah air untuk turut berlakon dalam filem terbaru ini yang sudah pun memulakan penggambarannya di Klang semalam (Isnin).

Sebelum ini, filem pertama Namawee, Nasik Lemak 2.0 telah mendapat kutipan lebih daripada RM7 juta sekaligus memecahkan tradisi perfileman Cina namun dia gagal mendapat skim rebat cukai kerajaan kerana tidak melalui Skim Wajib Tayang.

"Kami difahamkan telah menerima dari beberapa festival filem termasuk Jepun, Hong Kong dan Eropah. Tetapi di dalam hati, saya ingin sangat menyertai Festival Filem Malaysia (FFM) di masa akan datang.

"Harap-harap Finas atau pihak yang berkaitan dapat memberi lebih banyak sokongan pada kali ini kerana filem Hantu Gangster juga mempunyai banyak mesej positif kepada masyarakat," katanya lagi.

1 komen:

  1. yeah ! akhirnye noh brlakon gak...
    tahniah kpde export : namewee dn kuncu2 ekskutif.... yg brjye wat filem lgi... hrp2 rakyat malaysia sdr dgn namewee,jgn mcm org turunkn bndera najib,mcm adam malki.... hidup MALAYSIA!! jgn mcm org yg laksanakan hukum hudud,ttpi lahanat trhdp prkauman melayu... mmbelot org islam ssme sndri...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.