New Zealand Digegarkan Sekali Lagi



WELLINGTON - Gempa bumi berukuran 5.8  pada skala Richter telah berlaku di Christchurch ketika orang ramai sibuk berada di pasar raya untuk membeli barangan bagi menyambut Krismas, semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Tiada laporan yang mengatakan kerosakan teruk berlaku namun seorang lelaki dilaporkan cedera ketika berada di pasar raya dan kini telah menerima rawatan di hospital, kata polis.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Gempa bumi itu yang berpusat di 20 kilometer dari timur laut Christchurch dan menyebabkan sebahagian barangan berselerak dan orang ramai dipindahkan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut Radio New Zealand, pasar raya dan bangunan pejabat dikosongkan bagi mengelakkan orang ramai dihempap atau tercedera akibat gegaran tersebut.


Syarikat bekalan elektrik melaporkan, sehingga 15,000 pelanggannya terputus bekalan elektrik ekoran kejadian berkenaan.

Christchurch adalah bandar paling besar di South Island dan sedang dinaik taraf kembali selepas gempa bumi yang berlaku pada Februari lalu yang meragut 162 nyawa dan krugian yang dianggarkan pada masa itu sebanyak NZ$20 billion (RM4.65 billion).

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.