Motif Cemburu Bertukar Samun

Rozana ditemui berlumuran darah di rumah kedainya. 
(Sumber gambar: Harian Metro)



KUALA LUMPUR - Misteri pembunuhan seorang kerani bank, Rozana Mohd Yusak yang menjadi mangsa tikaman sebanyak 15 kali di sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Jaya, Kepong dekat sini minggu lalu sudah mendapat jalan penyelesaian berikutan penahanan polis terhadap tiga lelaki yang disyaki ada kaitan dengan kes ini, petang semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut laporan, dua daripada suspek masing-masing berusia 19 tahun ditahan si sekitar Lembah Pantai di sini manakala seorang lagi suspek yang berusia 22 tahun ditahan di Kampung Datuk Keramat.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kesemua suspek dibawa ke mahkamah kira-kira jam 10.20 pagi ini untuk ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
 sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Semasa penangkapan dibuat, polis menemui pisau parang dipercayai buatan sendiri dan sebilah pisau dapur daripada suspek, dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, selain sebuah komputer riba milik mangsa daripada suspek berusia 22 tahun.

Sementara itu, sumber memberitahu penahanan dua suspek belasan tahun itu, salah seorangnya teman rapat mangsa membawa kepada cerita sebenar di sebalik apa yang terjadi pada masa kejadian.

Menurutnya, pembunuhan itu adalah bermotifkan samun dan bukannya disebabkan motif cemburu yang sering diwar-warkan, apabila ketiga-tiga suspek datang ke rumah Rozana untuk menyamun wang serta barangan peribadi milik mangsa.

Ketika kejadian, dua daripada suspek termasuk teman rapat mangsa naik ke rumah kedai tersebut manakala seorang lagi suspek berusia 19 tahun menunggu di bawah.

"Mereka berdua memasuki rumah berkenaan secara senyap-senyap dan bercadang untuk mengambil komputer riba ketika mangsa sedang tidur," katanya.

Bagaimanapun, mangsa secara tiba-tiba menyedari kehadiran suspek dan bertindak menghalang perbuatan kedua-dua suspek yang cuba untuk mengambil komputer riba berkenaan.

"Berlaku sedikit pergelutan antara mangsa dengan suspek sehingga mangsa ditikam bertubi-tubi di bahagian badan sebelum dia ditemui orang awam dalam keadaan separuh sedar," jelasnya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi harui ini, enggan mengulas lanjut mengenai penangkapan ketiga-tiga suspek sebaliknya akan memberitahu pada satu sidang akhbar yang diadakan esok.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.