Microsoft Papar Program Terbaru Untuk Xbox Live


Microsoft kini sedang menjalankan persiapan bagi kemaskinikan skrin menu utama untuk Xbox 360, dan seperti biasa, ianya bererti sebahagian pengguna boleh melihat perubahan tersebut dengan lebih awal atas kelonggaran yang diberikan oleh syarikat itu bagi melihat hasilnya.


Sementara itu, program ini masih belum ada tarikh yang sesuai untuk dilancarkan, dan bagi mereka yang berminat, boleh mendaftarkan nama mereka bagi dipertimbangkan untuk program terbaru ini yang dikatakan program yang lebih lebih baik dari sebelumnya.

Skrin menu utama ini mempunyai reka bentuk baru untuk "menyatukan Kinect dan navigasi pengawal", "Beacon" yang baru untuk bermain secara dalm talian (online) bersama rakan yang lain, berhubung di Facebook, serta "cloud storage" bagi menyimpan data-data peribadi Xbox Live dan permainan video.

Menurut Pengarah Pengaturcaraan Microsoft, Larry Hryb, "ciri-ciri lain dan aplikasi hiburan" juga akan tersedia sepanjang tempoh program tersebut. Jom Kita Kasik Pecah !

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.