Mentor 6 Akan Kembali Menghangatkan TV3

Antara barisan-barisan artis yang akan menghangatkan Mentor 6
 di TV3. (Sumber gambar: GUA)



Selepas tamatnya program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa (VBSR) bagi musim pertama dengan keputusan memihak kepada Asmidar sebagai juara, kini program realiti pencarian bakat nyanyian popular di TV3, Mentor bakal memasuki musim ke-6 tidak lama lagi. Petang tadi (Rabu) telah berlangsungnya satu majlis bagi mengumumkan barisan enam artis yang akan menggalas tanggungjawab sebagai mentor kepada protege bagi musim baru ini. Antara mereka yang bakal menjadi mentor pada musim ke-6 ialah Ella, Faizal Tahir, Fauziah Dato' Ahmad Daud, Ramlah Ram, Adam dan Ferhad.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bersesuaianlah dengan 'trademark' Mentor 6 (tunjuk ajarku...sifu), peranan keenam-enam mentor ini ialah untuk memberikan tunjuk ajar kepada para protege berkaitan bidang nyanyian, seni persembahan dan memperlengkapkan diri sebagai penghibur.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
"Terima kasih kepada keenam-enam artis yang sangat memberi kerjasama kepada kami (Mentor 6). Bukan mudah untuk memujuk mereka untuk menyertai program ini dan saya tabik kerana mereka antara yang paling berani untuk menjadi mentor di dalam program ini," ujar Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif/Penerbit Mentor 6.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mentor musim pertama mula diperkenalkan pada 2005, program ini dianggap sebagai nadi utama program realiti di TV3 khusunya dan tempatan amnya. Lebih istimewa lagi, program ini berjaya menarik perhatian penonton dengan secara purata jumlah peratusan yang mencecah hampir tiga juta pada setiap minggu.

Ujibakat Mentor 6 akan bermula pada 13 Januari hingga 19 Februari 2012 di Sabah dan Sarawak, diikuti Semenanjung Malaysia, lokasi terakhir bertempat di Dewan Thatrette, Sri Pentas TV3, Bandar Utama dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.