Maut Terkena Renjatan Elektrik

Tye Chuan Sin maut apabila terkena renjatan elektrik 
semasa di dalam bilik air.



GEORGETOWN - Seorang lelaki dipercayai pemilik kedai telekomunikasi mati selepas terkena renjatan elektrik yang berpunca dari alat pemanas air ketika mandi di bilik air rumahnya di Taman Changkat, Bukit Gmabir, di sini, semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dalam kejadian jam 3 petang itu, Tye Chuan Sin, 34, ditemui terbaring kaku dalam keadaan bogel oleh isterinya selepas terkena renjatan elektrik dari peralatan berkenaan dan dipercayai mengalami litar pintas.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut jurucakap polis, mangsa sepatutnya menjemput anaknya pulang dari kelas tambahan, namun mangsa gagal dihubungi oleh anaknya apabila panggilan yang dibuat tidak dijawab.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Kakak mangsa, Tye Chuan See, 45, memberitahu, kakak iparnya yang hairan apabila medapati suaminya tidak menjemput anak perempuan mereka, bergegas ke kelas tambahan yang terletak tidak jauh dari rumah mereka sebelum dua beranak itu pulang ke rumah.

Sejurus sampai ke rumah, dua beranak terbabit terhidu bau hangit dan terkejut apabila mendapati mangsa terbaring dalam keadaan bogel dan tidak bernyawa di dalam bilik air rumah mereka.

Menurut Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Menurut sumber, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siaat.

Difahamkan, laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada terkena renjatan elektrik.

Mayat mangsa dituntut oleh keluarga dan dikebumikan semalam.

Berdasarkan siasatan awal polis, kejadian tidak membabitkan unsur jenayah dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.