Maut Selepas Digilis Treler

Pihak polis cuba untuk mengalihkan mayat mangsa di seberang jalan.


BUKIT MERAH -Seorang remaja yang menunggang motosikal cuba untuk memotong motosikal lain di garisan kecemasan gagl apabila motosikal ditunggangi bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 190.2 arah utara, lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Tol Bukit Merag/Alor Pongsu, kira-kira jam 8.40 malam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mangsa, Ahmad Aklmal Ahmad Fauzi, 21, maut di tempat kejadian akibat digilis treler dari arah sama selepas gagal mengawal motosikalnya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
 
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan cuba memotong sebuah motosikal lain yang pada masa itu ditunggangi seorang lelaki India bersama seorang pembonceng di lorong kecemasan.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
 
Menurutnya, bagaimanapun cubaan mangsa utnuk memotong gagal dan menyebabkan mangsa bergesel dengan sebuah treler sebelum terjatuh dan digilis tayar treler terbabit.

"Mangsa dipercayai tidak dapat mengawal motosikalnya kerana angin daripada treler yang kuat.

"Mangsa mati di tempat kejadian akibat mengalami pendarahan dalaman," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dituntut oleh datuknya, Adnan Basarudin, 60, dan dibawa pulang ke kampung di Kuala Sepetang, Taiping, untuk dikebumikan.

Mangsa sebelum ini sudah kematian ibu dan bapanya dan tinggal bersama datuknya sejak beberapa tahun lalu di Kuala Sepetang, Taiping.

Menurut sumber, penunggang dam pembonceng motosikal itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, pemandu treler, Aahmad Sharani, 26, berkata, sebelum kejadian berlaku, dia melihat melalui cermin sisi sebelah kiri, sebuah motosikal dipandu seorang lelaki India di lorong kecemasan sebelum dipotong oleh mangsa yang meluru laju ke hadapan.

"Saya khuatir jika dia bergesel dengan badan treler, selalunya angin daripada treler yang kuat boleh menarik sesiapa sahaja jika jarak terlalu dekat," katanya.

Menurut Ahmad Sharani, kebimbangannya itu menjadi kenyataan apabila dia melihat mangsa terjatuh dan tergilis pada tayar belakang treler.

"Ketika saya melihat kejadian itu mula berlaku, saya terus memberhentikan kenderaan, nasib baik treler ini tiada muatan jadi mudah untuk diberhentikan.

"Mangsa mungkin terbabas disebabkan terlalu rapat dengan treler dan angin daripada treler menariknya sebelum terjatuh," katanya.

1 komen:

  1. that's we call Bernoulli's Principle... so sad..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.