Maut Ditikam 15 Kali

Tempat kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah rumah 
kedai di tingkat 1B-01-15.


KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang dipercayai kerani sebuah bank terpaksa mengesot lima meter untuk meminta pertolongan orang ramai menerusi tingkap rumah sewanya dalam berlumuran darah akibat ditikan sebanyak 15 kali di Jalan Puncak Desa, Kepong, gombak, awal pagi semalam.

sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Mangsa, Rozana Mohd Yusak, 35, bernasib baik apabila jeritannya didengari orang awam yang berada di kedai makan di tingkat bawah premis tersebut yang terus membantu dan menghubungi polis kira-kira jam 1.50 pagi.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superitendan Rosly Hassan berkata, pihak polis mendapat laporan mengenai seorang wanita ditemui terbaring berlumuran darah dalam rumah kedai sebelum di hantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatam lanjut.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bagaimanapun, mangsa dipercayai telah meninggal dunia setelah di hospital tersebut kira-kira jam 2.10 pagi.

"Siasatan awal daripada pihak kami mendapati terdapat 15 tikaman di belakang badan mangsa termasuk kesan luka di beberapa bahagian anggota badan lain seperti peha, rusuk kanak, siku, lengan dan jari.


Kesan darah daripada mangsa setelah ditikam sebanyak 15 kali.


"Pemeriksaan ke atas rumah kedai yang disewa oleh mangsa, mendapati premis tersebut kosong dan hanya terdapat pakaian milik mangsa," katanya.

Menurut sumber, kemungkinan cemburu sebagai motif kejadian dan siasatan telah dijalankan  mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, bapa mangsa, Yusak Suparman, 64, berkata, dia sekeluarga sangat terkejut apabila mendengar berita tersebut ,tetapi redha dengan pemergian anak sulung daripada tiga beradik itu.

"Kami mendapat tahu berita ini daripada anak saudara saya kira-kira jam 6.20 pagi tadi (semalam) dan isteri saya terus pengsan selepas mendengarnya," katanya.

Polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam kes ini dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil kehadapan dengan menghubungi balai polis berdekatan atau talian ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, 03-61262222  bagi membantu siasatan lanjut.

0 komen:

Post a Comment

Powered by Blogger.